SUMIF () adalah serupa dengan SUM(), tetapi ia juga memberi anda keupayaan untuk menentukan syarat atau kriteria supaya anda boleh mendapatkan jumlah nilai yang memenuhi syarat.
SUMIF(range, criteria, sum_range)
range – ini adalah julat sel yang akan mengandungi kriteria yang anda ingin semak serta nilai yang anda ingin jumlahkan.
criteria – syarat yang anda ingin semak,
sum_range – julat sel yang mempunyai nilai yang anda ingin jumlahkan.
Contohnya, jika anda mempunyai lembaran kerja yang mengandungi angka jualan harian dan mahukan jumlah jualan mengikut negeri, maka anda boleh menggunakan fungsi SUMIF().
Di sini, kita mahu jumlah jualan untuk Negeri Sembilan.
Pilih sel kosong yang anda ingin tunjukkan jumlah, kemudian taipkan =SUMIF(.
Nama negeri berada dalam lajur C, manakala jumlah jualan berada dalam lajur H, jadi untuk julat, pilih sel C2 hingga H21.
Seterusnya taipkan koma, kemudian taip “Negeri Sembilan”.
Ini akan menjadi kriteria untuk jumlah yang anda ingin dapatkan.
Taipaip koma sekali lagi, kemudian pilih julat dengan nilai yang anda ingin jumlahkan.
Ini adalah sum_range, iaitu lajur Amaun dari H2 hingga H21.
Formula anda kini akan kelihatan seperti ini:
=SUMIF(C2:H21, "Negeri Sembilan",H2:H21)
Tekan enter untuk melengkapkan formula.
Jumlah jualan harian bagi Negeri Sembilan akan ditunjukkan di dalam sel.
Menggunakan wild card dengan SUMIF()
Jika anda ingin memadankan julat yang lebih luas dengan kriteria carian anda, maka anda boleh menggunakan wild card.
Sebagai contoh, dalam bahagian kriteria, jika anda mahukan jumlah jualan untuk semua negeri dengan nama yang bermula dengan K, anda boleh menggunakan “K*”.
Formula anda akan kelihatan seperti ini
=SUMIF(C2:H21, "K*",H2:H21)
Ini akan sepadan dan jumlahkan untuk semua negeri dengan nama yang bermula dengan “K”, dan akan merangkumi jualan untuk Kuala Lumpur, Kedah serta Kelantan.